PERSONAL WISDOM

- Seeking Knowledge n Wisdom in every turn, every nook and every cranny -

- Knowledge + Practice = FAITH -

Guest Book | E-Mail | NEW Entry

 

What is Love?

Perasaan Cinta adalah sesuatu yang amat aneh. Pada aku, Cinta seolah-olah tidak dapat dijelaskan hanya dengan satu ayat sahaja. Terlalu banyak aspek di dalam Cinta yang menyebabkan satu kesimpulan tentangnya sukar untuk diperolehi.

Walaupun begitu, aku masih ingat lagi satu ayat yang aku terbaca ketika di zaman persekolahan dulu yang menyimpulkan bahawa Cinta adalah “to care about someone/ something else more than you care about your self”. Kalau mengikut kepada kesimpulan ni, (yang mana kesimpulan yang aku paling selesa ikuti) cinta itu bukan sekadar kepada sesama manusia sahaja, malahan merangkum kepada benda, alam sekitar, harta, pangkat dan Cinta kepadaNya.

Aku tak pasti siapakah yang membuat kesimpulan ini pada asalnya. Sungguhpun ia disimpulkan oleh seorang Inggeris yang bukan Islam, tetapi intipatinya seolah-olah mengandungi Hikmah dan pengalaman yang amat jauh. Cuba kita ingat-ingati dan selami kepada Al-Quran, Sunnah dan juga kata-kata para sahabat, pengikut-pengikut sahabat, para-para ‘wali’ dan juga ahli-ahli tasawuf, kita akan mendapati bahawa adanya perkataan Cinta ini. Bagi aku, apa yang paling aku ingat ialah tentang Cinta dunia dan cinta akhirat.

Berbalik kepada definasi cinta di atas, cuba kaitkan dengan keadaan-keadaan kehidupan seharian. Sebagai contoh:

1) Cintakan Harta Benda

Aku adalah seorang yang agak possesive dalam hal-hal yang berkaitan dengan harta – walaupun harta yang paling aku sayangi hanyalah sebuah komputer peribadi sahaja. Aku sanggup berhabis dan berhutang semata-mata untuk meningkatupaya (upgrade) kemampuan PC aku. Dalam hal ini, aku telah mengenepikan kemaslahatan diri aku demi untuk sesuatu yang aku ‘care’/ suka.

2) Cintakan Kuasa, Nama dan Pangkat

Nama dan pangkat adalah antara perkara yang paling kerap membuatkan sesorang insan itu menjadi buta terhadap banyak perkara. Demi untuk mengejar tiga “makhluk” yang amat powerful ini ramai orang telah menggunakan apa saja cara tidak kira ia baik atau keji untuk mencapainya. Sejarah telah banyak mengajar kita tentang keCintaan seseorang manusia itu di dalam mengejar dan mempertahan ketiga-tiga “makhluk” tersebut, yang mana mereka sudah tidak menghiraukan lagi baik atau buruknya tindakan mereka itu. Kesannya adalah mereka mempunyai ramai musuh yang seterusnya menjadikan hidupnya tidak tenteram. Demikian itu, mereka memperalatkan orang lain dengan Kuasa, Nama dan Pangkat yang mereka miliki untuk menindas musuh. Amat malang sekali, oleh kerana hendak mempertahankan KNP, mereka telah hilang kebahagiaan diri di dunia, seterusnya di akhirat (Nauzubillah hi min zaalik).

3) Cintakan Ilmu

Tak payahlah aku nak cerita panjang ... tentu korang semua pernah mengalami apa yang dikatakan cinta ilmu. Aku yakin ramai orang yang faham perkara ni. Antara perkara yang sering dilakukan adalah bersengkang mata sehingga ke pagi menyebabkan miss sembahyang subuh.

4)       Sebenarnya terlalu banyak benda yang boleh dikaitkan dengan Cinta. Antara yang paling common adalah cinta kepada manusia (pakwe, makwe, adik beradik, keluarga, suami, isteri, anak, saudara mara ... dan seterusnya). Selain itu cinta juga boleh dikaitkan dengan kedamaian, permusuhan, tidur dan bermacam-macam lagi.

Sekiranya kita renung-renungkan kembali definasi Cinta (spt di atas) dan mengaitkannya dengan kehidupan seharian, kita akan dapat mengesan satu trend di mana Cinta amat rapat perkaitannya dengan Nafsu. Jangan cepat salah faham. Bukan semestinya nafsu yang buruk, sebab nafsu terbahagi kepada nafsu yang dikategorikan sebagai nafsu yang jahat (ammarah bissuuk) dan juga nafsu yang baik (nafsu almutmainnah).

“Kebaikan dan keburukan itu hanya dipisahkan oleh satu garisan yang amat halus”. Sekiranya kita tidak berhati-hati di dalam perbuatan Cinta kita, dengan mudah sahaja kita terjerumus ke dalam lembah kesesatan. Apabila kita tersilap memilih arah tujuan cinta kita, sebenarnya kita telah diperhambakan oleh nafsu dan juga Cinta. By all means, perkara ini adalah amat membimbangkan kerana hidup kita di dunia adalah amat singkat dan ia boleh menentukan perbezaan antara Rahmah dan Kemurkaan Allah, seterusnya Syurga dan Neraka.

Kita mesti berusaha supaya tidak menjadi hamba kepada nafsu dan cinta. Sebelum itu, kita mesti mengenal diri terlebih dahulu. Sebelum kita mengenal diri, kita mesti mengenal Allah, kita mesti mengenal apakah itu erti “cara hidup” yang sebenar (Ad-deen) – Islam. Dengan mengenal diri mengikut paksi dan panduan yang betul barulah kita boleh mengenal manakah satu pilihan yang betul dan manakah satu pilihan yang salah. InsyaAllah pasti kita dapat memperhambakan nafsu dan cinta itu.

Secara peribadi, tidak salah sebenarnya untuk menyintai kesemua perkara yang telah disebutkan. Persoalannya macamana caranya kita hendak menjadikan perbuatan dan perasaan cinta kita sebagai suatu yang Ibadah? Aku yakin, caranya hanya ada satu sahaja. Cintailah Allah, InsyaAllah, semua perkara selepas itu akan menjadi ringan dan mudah. Kita akan Cintakan semua perkara kerana Allah. InsyaAllah , bukan sahaja kita akan berbahagia di dalam hidup di dunia, malah diakhirat juga ... AAAmiiiinnn.

Comment

______________________________________________

PersWis, 20th April 2003