PERSONAL WISDOM

- Seeking Knowledge n Wisdom in every turn, every nook and every cranny -

- Knowledge + Practice = FAITH -

Guest Book | E-Mail | NEW Entry

 

 

DESTINY/ TAKDIR

 

Apa yang akan diperkatakan pada hari ini adalah topik yg berat pada pandangan aku. Ia sering menjadi perbincangan dengan rakan-rakan. Kami menjadi intrigue dan concern dengan persoalan yang sebenarnya amat berkaitan dengan iman ini(rukun iman ke-7: percaya kpd. Qada' dan Qadar).

 

Aku melontarkan persoalan ini untuk berkongsi pendapat aku tentang 'Takdir'. Aku berharap sekiranya apa yg akan perkatakan adalah sesuatu yg betul, sama2lah kita amalkan. Sekiranya ia adalah suatu yg salah, maka TOLONG perbetulkan. Sekiranya korang tak pasti, cuba2lah validate dengan orang yg arif dan beritahu kepada aku supaya sekiranya aku salah, aku tak terus berada di dalam kesesatan.

 

Korang pasti selalu mendengar ayat2 spt. ini;

 

- "nak buat macamana, dah nasib aku macam ni"

- "Aku rasa aku mmg dah ditakdirkan jadi org jahatla"

- "Hidup ini umpama lakonan di atas pentas, dan kita adalah pelakonnya"

- "buat apa nak bersusah payah? yang secupak takkan jadi segantang!"

- dan banyak serta bermacam-macam lagi ayat yang sptnya.

 

Sedar atau tidak, kata2 yang kita sebutkan (spt. di atas) sangat besar kaitannya dengan 'Takdir' dan mendalam pula kesannya terhadap akidah. Kata-kata spt itu, pada aku adalah pemutus semangat dan pembunuh harapan serta pelemah usaha untuk kita mempertingkatkan diri duniawi dan ukhrawi.

 

Takdir, pada pandangan aku, amat berkaitan dengan usaha dan pemilihan kita berdasarkan kpd Ilmu (mungkin lebih dari itu - aku belum memahami lagi). Seperti sifat lain yang dipinjamkan kpd kita oleh Allah Azzawajalla, spt. penglihatan, pendengaran dan kekuatan, usaha dengan kudrat yg ada dan kuasa untuk memilih juga dikurniakan oleh Allah kpd kita.

 

Persoalannya, bagaimanakah kita mempergunakan segala kurniaan Allah itu? Adakah kita gunakannya kpd kebaikan @ keburukan?

 

Mengenai kaitan usaha dan pemilihan dengan Takdir, sila ambil kira gambaran di bawah; (ini hanya contoh yg mudah)

 

 

Ini adalah gambaran disebuah simpang 3. Andaikan bahawa;

1. Kita berada dikenderaan hijau.

2. Kenderaan merah dan kenderaan biru bergerak dengan laju.

3. Takdirnya: Dilanggar atau Tidak dilanggar.

 

Pilihan: Kita boleh memilih untuk berhenti, cuba untuk melintas, ataupun berhenti ditengah jalan supaya dilanggar.

Usaha: Mengawal kenderaan supaya bergerak atau berhenti.

Takdir kita: Sekiranya kita berhenti, InsyaAllah kita akan selamat, sekiranya kita cuba melintas ataupun berhenti ditengah jalan, InsyaAllah kita akan dilanggar.

 

Apa yg aku cuba sampaikan di atas adalah, sebenarnya kita dikurniakan dengan kebolehan utk menentukan Takdir kita. "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu sendiri mengubahnya".

 

Persoalannya, adakah kita berkuasa ke atas Takdir kita 100%?

Jawapannya adalah tidak, krn kita perlu sedar bhw. Takdir kita bergantung kepada Takdir orang lain (kenderaan merah dan biru) yg seterusnya berkaitan dengan usaha dan pilihan mereka.

 

Daripada senario yang mudah ini sebenarnya masih banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan usaha, pilihan dan seterusnya Takdir. Aku tidak akan memperkatakannya dengan lebih lanjut.

 

Mengikut sejarah, ramai tokoh2 samada yang baik ataupun yang keji telah berusaha dan mempergunakan segala keupayaan yang ada pada diri untuk merealisasikan sesuatu yang diharapkan dan diimpikan (tak semestinya baik).

 

Kita ambil Hitler sebagai contoh. Hitler adalah antara orang yg. dikatakan kejam dan tidak bertimbangrasa terutamanya dengan musuh dan orang yang tidak bersetuju dengannya. Sungguhpun demikian, dia masih lagi disokong oleh rakyat dan pengikut2nya.

 

Hitler sebenar telah berusaha segenap daya dan kemampuannya untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang disegani dan digeruni. Antara usahanya adalah; mengawal media dan menghunjamkan propaganda kepada minda rakyatnya. Menguasai tentera dan pasukan keselamatan yang boleh digunakan untuk menindas dan menakluk musuh-musuhnya. Mempertingkatkan teknologi ketenteraan supaya negaranya menjadi negara terkuat utk menakluki negara-negara lain.

 

Walaupun dengan bermacam-macam usaha yang dilakukan utk memperluaskan jajahannya, akhirnya Hitler tewas juga kerana pada masa yg sama, lawannya (tentera perikatan) juga melakukan usaha yang sama gigih dan menggunakan strategi yang berkesan untuk menumbangkannya.

 

Aku sincerely rasa kita perlu berusaha seutk mencapai apa yang kita harapkan. Mungkin selama ini kita tak berusaha dengan kapasiti yang sepenuhnya untuk mencapai sesuatu harapan dan impian. Harus diingat juga bahawa sebagai orang yang beriman, kita hendaklah berusaha dan memilih jalan yang benar sahaja sbb. dengan cara itu sahaja kita boleh beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

 

______________________________________________

PersWis, 17 Mac 2003