PERSONAL WISDOM

- Seeking Knowledge n Wisdom in every turn, every nook and every cranny -

- Knowledge + Practice = FAITH -

Guest Book | E-Mail | NEW Entry

 

CERMIN

 

Ada tak sehari dalam kehidupan korang dimana korang tak melihat cermin. Entahlah, tapi bagi aku, at least tiga kali sehari sekali aku mesti akan melihat cermin. Pagi, masa gosok gigi, sikat rambut, betulkan tali leher (dah tiga kali!) dan tengok keadaan diri. Tu belum kira tengahari, petang dan malam lagi tu. Secara ringkasnya, cermin sebagai satu instrument fizikal tu digunakan untuk meneliti dan menilai ciri-ciri fizikal juga.

Seperti juga Ibadah, yang mementingkan sifat-sifat fizikal dan spritual, begitulah juga halnya dengan cermin. Sekiranya cermin yang kita lihat hari-hari itu bersifat fizikal, perasan tak sebenarnya kita ini sebenarnya adalah sebuah cermin bergerak yang fungsinya sebagai cermin spiritual. Sebagai cermin spiritual, terdapat berbagai fungsi yang kita mainkan di dalam kehidupan seharian. Kita boleh menjadi cermin terhadap peribadi kita sendiri, kita boleh menjadi cermin kepada orang lain dan kita boleh menjadi cermin kepada masyarakat.

Sebagai individu, segala perlakuan sehari-hari mencerminkan keperibadian kita. Tidak kira bagaimanakah kepercayaan kita, tidak kira apakah agama kita tindak-tanduk seharian kita memberi gambaran kepada orang lain tentang peribadi dan berbagai perkara lain (terutamanya bagi mereka yang arif dalam membaca bahasa tubuh). Seperti juga apabila kita melihat cermin dan mendapati bahawa terdapat jerawat pada pipi kita, begitu jugalah halnya kepada orang yang melihat kepada perilaku kita. Tentu ada orang yang sedar tentang ‘jerawat’ pada kelakuan kita.

Sekiranya kita adalah individu yang tidak berpengaruh di dalam masyarakat, kecacatan kepada peribadi kita mungkin tidak membawa kepada impak yang besar. Lain pula halnya sekiranya kita adalah orang yang berpengaruh. Sekurang-kurangnya sekiranya kita adalah graduan dari mana-mana Universiti. Secara amnya, masyarakat memandang graduan sebagai orang yang berpengetahuan. Oleh yang demikian, masyarakat meletakkan certain benchmark terhadap peribadi seseorang graduan tersebut. Sekiranya ada seseorang atau sekumpulan yang mempamerkan akhlak yang tidak sepatutnya, ia akan mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap para graduan keseluruhannya.

Andaikan bahawa aku adalah orang yang bertanggungjawab untuk memberikan nama buruk terhadap institusi graduan tersebut, akhlak aku boleh mempengaruhi golongan pelajar sekolah dan memberikan persepsi bahawa itulah sebenarnya akhlak yang mesti ada pada para graduan. Nah! Katakan ada dua orang pelajar sekolah berpersepsi yang salah, diikuti pula dengan 4 orang rakan mereka, seterusnya dan seterusnya – kesannya menjadi eksponensial dan perkara sebegini mampu mempengaruhi stuktur satu masyarakat. Itu baru menceritakan satu senario yang mudah dan dalam satu generasi, belum lagi menceritakan tentang senario yang lebih besar di dalam generasi yang berlainan. Natijah atas akhlak buruk aku diakhirat nanti? Aku tak sanggup nak fikirkannya.

Di dalam sesebuah keluarga, sebagai pemimpin (Ibu, ayah, abang ataupun kakak) kita juga menjadi cermin. Segala perlakuan ahli di dalam keluarga boleh mencerminkan bagaimanakah keadaan sesebuah keluarga tersebut. Dengan tidak mengambil kira faktor persekitaran dan luaran, apakah persepsi kita semua bila mendapati bahawa seseorang kanak-kanak itu meluahkan perkataan-perkataan yang tidak enak didengar? Pastinya, keluargalah yang menjadi rujukan pertama ke atas perlakuan kanak-kanak tersebut.


Sungguhpun demikian, fungsi kita sebagai sebuah cermin spiritual yang bergerak bukanlah untuk mencerca kecacatan sebaliknya sebagai satu mekanisma defensive kepada keutuhan sesuatu masyarakat tersebut. Sebagai sebuah cara hidup yang sempurna, ISLAM telah menggariskan panduan yang berguna untuk diamalkan.

Ambil 3 ayat selepas ini sebagai contoh:

“Setiap mukmin itu adalah bersaudara”,

“Setiap muslim itu adalah cermin kepada saudaranya yang lain” dan

“Amar Makruf, Nahi Mungkar”.

 

Dengan adanya cermin spiritual individu, sesebuah masyarakat yang berfungsi dengan sihat dapat mengesan sesuatu keburukan @ kekurangan seterusnya memperbetulkan keadaan tersebut sebelum merebaknya perkara-perkara yang boleh merosakkan keutuhannya.

Masyarakat hari ini sememangnya sedang melaksanakan mekanisma ini tetapi tidak lengkap. Sebagai ahli masyarakat, aku rasa kita terlalu harsh dan tidak melaksanakan fungsi kita sepenuhnya (at least rujuk kepada 3 ayat di atas). Biasanya kita (termasuk diri aku sendiri) hanya mengutuk sesuatu keburukan itu.

 

Pernah kita hendak mengambil sedikit masa untuk mengintai dan memahami kenapakah sesuatu perkara itu menjadi seperti itu? Kita tend untuk terus menghukum sesuatu kebokbrokan itu sebagai sesuatu yang teramat berdosa. Pernahkah kita sekurang-kurangnya mengambil tahu setakuk lebih tinggi tentang duduk perkara sebenar? Apakah kita rasa sebagai seorang ahli masyarakat kita tidak akan dipertanggungjawabkan oleh Allah terhadap kebejatan satu unit dalam masyarakat itu?

Manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Itu adalah pasti sbb kita tidak maksum. Oleh kerana itulah adanya TAUBAT di dalam Islam. Selain itu, mekanisma yang telah aku sebutkan di atas juga memainkan peranan yang besar sekiranya kita amalkan dengan sempurna. Manusia juga secara fitrahnya adalah pelupa (cuba rujuk-rujuk kisah kejadian Nabi Adam). Oleh kerana itulah kita dijadikan oleh Allah sebagai makhluk yang hidup bermasyarakat, gunanya untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain. Dengan kata lain, gunanya kita, individu dalam masyarakat adalah sebagai cermin kepada individu yang lain. Persoalan pokoknya di sini adalah; Bagaimanakah kita hendak menjadi cermin yang baik?

 

Firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Imran, 110

"Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan  untuk manusia, menyuruh kepada makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah"

 

 

PersWis, 27 March 2003